Wednesday, June 15, 2011

Cinta? Jangan Malu Untuk Meluahkan...

“Men in general judge more by the sense of sight than by the sense of touch, because everyone can see, but only a few can test by feeling. Everyone sees what you seem to be, few know what you really are, and those few do not dare take a stand against the general opinion.”`~Niccolo Machiavelli



Perasaan halus yang hadir dan kasih sayang yang mula berkembang,malukah kita sekiranya kita luahkan?
Bagaimana mungkin untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaannya pada seorang lelaki yang dicintainya, tanpa merasa aib dan beranggapan dirinya kelak akan diketawakan orang dan disindir akan peribadi diri?

Ramai yang malu untuk melihatkan warna cinta pada satu sisi cinta yang hadir dalam hatinya. Baik lelaki atau pun perempuan akan merasakan bahawa memulakan sesuatu langkah itu seolah menepuk air di dulang.

Benarkah cinta itu perlu sentiasa disimpan rasa malu dan dilindung akan perasaan jernih itu?

Perasaan jujur kita, pada hakikatnya hanyalah satu perasaan yang baik dan punya indah warna. Tidak perlu rasa malu akan hadirnya, tidak perlu rasa gundah pada luahnya.

Mahu mengaku, adakah kita akan dilukakan kerana perasaan itu?

Cinta dan perasaan halus itu hadir seiring. Ianya hadir kerana kita percaya bahawa ia akan memimpin bahagia milik kita. Kadang kala kita takut kita akan dibelenggu perasaan malu dan terkilan itu kerana kelak kita akan bertepuk sebelah tangan.

Tapi hakikat indah dalam kehidupan, mengapa takut untuk mencuba? Tidak akan tergugat maruah kita sebagai seorang manusia hanya kerana kita besarkan kuasa yang ada pada diri kita dan bersuara apa ada dihati kita.

Berfikiran positiflah.Kerana positif itu perlu ada dalam setiap semangat dan jiwa. Persetankan bisik jahat yang hadir, jeling mata yang cemburu dan fitnah yang celaru.Kita ialah kita, selagi kita tidak menganggu akan hak dan kuasa orang lain.

Beranilah kerana berani meluahkan perasaan itu ialah hak bagi mereka yang menang dalam perjuangan diri. Biarpun kelak, kita akan kecewa, marah,terkilan dan terluka tapi sekurang-kurangnya kita menang dalam mencuba.

Mungkin kita ini matahari indah juga yang ingin dia miliki. Mungkin kita selalu dicuri pandang tanpa kita sedari dan mungkin kita ini selalu didoakan agar kita ucapkan salam padanya berkali-kali.
Mungkin? Siapa tahu?

Jadi kita harus percaya pada kekuatan dan sayang kita padanya. Kita harus semai dan pupuk perasaan itu kerana akan ada indah di suatu penjuru dalam sebuah tulus kehidupan yang baru.

Jangan berprasangka buruk sekiranya kita belum mencuba. Kalah dia menolak kita, sekurang-kurangnya ia memberi peluang kedua kepada kita untuk terus mencari ruang dalam cinta.

Kita tetap cantik, kita tetap manis, kita tetap terpilih dan kita tetap disayangi ramai sekali pun dia bukan rezeki kita. Setiap dari kita telah dihadirkan Tuhan akan kehidupan berpasangan. Senyumlah untuk sebuah harapan.

Ingat, malu bertanya akan sesat jalan, malu mencuba tidak akan memegang apa yang dicita dan malu meluah akan membuatkan kita akan selamanya hampa dan resah. Cubalah, tiada rugi akan kita

0 comments:

Post a Comment

 

President Cinta Copyright © 2014 -- Template created by President Cinta -- Powered by Blogger