Wednesday, March 28, 2012

Seks sebelum kahwin


Pengenalan


  • Kelakuan seks remaja bermula pada umur yang berbeza berdasarkan nilai-nilai    budaya dan sosial mereka.


  • Kajian di tempat yang berlainan di dunia menunjukkan seks sebelum kahwin    biasanya tidak dirancang.



  • Siapakah yang berisiko?

    • Mereka yang terlibat dalam penggunaan arak dan dadah
    • Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa
    • Kurang berminat dengan sekolah
    • Sejarah penderaan fizikal atau seksual
    • Kurang pengawasan ibu bapa

    Apakah kesan-kesannya?

    • Dari aspek perubatan:
      • Kehamilan yang tidak diingini
      • Pengguguran anak yang tidak selamat
      • Pembuangan bayi
      • Jangkitan seksual
    • Dari aspek psikologi dan sosial:
      • Masalah perhubungan. Lihat (Memahami seksualiti)
      • Mengalami gangguan emosi
      • Tiada keharmonian keluarga dan sosial
      • Implikasi undang-undang

    Bagaimana untuk mengelakkannya?

    • Elakkan melakukan hubungan seks
      • Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Jangan biarkan orang lain memaksa anda.
      • Aanda boleh melindungi kesihatan dan emosi anda dengan mengatakan "Tidak, bukan sekarang". Anda masih boleh berkata "tidak" walaupun pernah berkata "ya" sebelum ini. Lihat (Ketegasan).
      • Pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda tidak akan meminta seks sebelum kahwin
      • Ingat : badan anda adalah tanggungjawab anda untuk menjaganya dengan baik.
    • Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah.
    • Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela.
    • Semua agama utama dan budaya kita, seks luar nikah adalah dilarang. Anda mengambil tindakan yang bijak jika anda taat kepada ajaran agama.

    Apakah implikasi undang-undang yang ada?

    • Rang undang-undang jenayah Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Kod Penal Akta 574 telah menetapkan umur minima untuk kesalahan tertentu.
    • Ia menyatakan bahawa perempuan yang berumur di bawah 16 tahun atau lelaki yang berumur di bawah 13 tahun dianggap tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang.
    • Contohnya, umur minima untuk perhubungan seksual dengan persetujuan kedua belah pihak seperti yang terkandung dalam seksyen 375 adalah untuk menghukum mereka yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak/remaja di bawah umur. Ini dikenali sebagai"Statutory rape" .
     

    President Cinta Copyright © 2014 -- Template created by President Cinta -- Powered by Blogger